Latest Movie :

Mata Ketiga (2018)


Selepas berjaya mencipta fenomena apabila memecahkan rekod perfileman filem seram kini, Skop Productions menerbitkan sebuah lagi karya seram untuk siaran siri web tonton.

Diarahkan oleh pengarah yang tidak asing lagi, C. Kumaresan, setiap plot drama siri original tonton MATA KETIGA ini digarap dengan baik sekali. Kemampuan Skop Productions yang mengarah dan menerbitkan drama hasil nukilan yang diadaptasikan daripada novel dapat ditonton mulai 31 Oktober ini.

klik sini untuk menonton >> TONTON / DOWNLOAD <<

Novel MATA KETIGA yang ditulis oleh Zulkifli Ahmad Idrus diterjemahkan kepada 10 episod siri web dan setiap episod berdurasi 30 minit akan disiarkan secara eksklusif di tonton dalam format definisi tinggi (HD).
Sinopsis Drama MATA KETIGA

Siri drama ini mengisahkan tentang Faizul, seorang pelajar universiti tempatan yang dikurniakan dengan anugerah istimewa. Faizul mempunyai deria ke-enam yang mampu melihat melebihi pancaindera manusia biasa.

Pengembaraan bermula apabila Faizul bersama 4 sahabat baiknya menyertai ekspedisi ke hutan yang diketuai Profesor Mazlan.

Faizul yang lebih arif di dalam ilmu hutan menasihati rakan-rakannya untuk mematuhi pantang larang ketika berada di dalam hutan. Malangnya, nasihat itu tidak diendahkan dan menjadi lebih teruk apabila Farah dirasuk. Semenjak kejadian itu, Faizul cuba mencari kebenaran mengenai mata ketiga beliau.

Dalam mencari kebenaran mengenai susur galurnya, pelbagai peristiwa pelik berlaku. Walau bagaimanapun, perkara tersebut tidak mematahkan semangatnya, malahan menyebabkan Faizul semakin taksub. Faizul yang mula mengasingkan diri juga tanpa sedar telah membahayakan nyawa orang disekeliling.

Adakah Faizul tetap meneruskan pencarian mengenai dirinya setelah ditimpa pelbagai musibah? Mampukah Faizul bertahan dengan semua cabaran yang ternyata menguji setiap langkahnya?
Merungkai Mistik Yang Cukup Misteri

Saksikan keseluruhan 10 episod MATA KETIGA secara eksklusif episod baru seiap hari di tonton bermula 31 Oktober ini. Drama bersiri yang sarat dengan plot yang menyeramkan ini bakal membawa penonton ke alam mistik yang tidak pernah dirungkai.

Watak utama yang dipangku oleh Hafeez Mikail bakal meninggalkan kesan yang mendalam kepada penonton. Turut membintangi drama ini adalah Mustaqim Bahadon, Isyariana Azmi, Dayana Roza dan Fimie Don.

Tarikh Tayangan / Masa:
31 Oktober 2018, 12.00 tengah hari
Durasi 30 minit
Episod 10

Produksi / Diterbitkan oleh:
Skop Productions Sdn Bhd

Pengarah:
C. Kumaresan

Penerbit Eksekutif:
Shamin Yusof

Penerbit:
Datuk Yusof Haslam P.J.N

Penulis Skrip:
Zulkifli Ahmad Idrus

Pelakon:
Hafeez Mikail sebagai Faizul
Mustaqim Bahadon sebagai Khalid
Isyariana Azmi sebagai Farah
Dayana Roza sebagai Rafidah
Fimie Don sebagai Budin

Tayangan di tonton:
31 Oktober 2018

Durasi:
10 episod x 30 minit

tag : free watch tonton download drama Mata Ketiga (2018) full episod malay torrent streaming kepala bergetar pencuri movie tapaw sub dfm2u geng movie bukan cincai kb kberputar episode akhir arai HD openload kbergetar online layandrama
Share this movie :

Post a Comment

 
Support : KB Movie | Syok Anime | Layar TV
Copyright © 2017. KB Movie - All Rights Reserved
Fueled by Facebook Published by Nakazato Syunichi
Proudly powered by Blogger